Thursday, November 25, 2010

jangan menipu, berterus terang lebih baik

siapa2 pun taknak kena tipu, sebab sakit kena tipu.
apatah lagi bila anda tidak pernah menyangka yg anda akan ditipu.
dan lagi sedih bila penipuan itu sebenarnya telah lama berlaku
tanpa pengetahuan anda

Tapi ada baik & hikmahnya bila semuanya terbongkar
itu menandakan yg Allah nak tunjukkan kepada anda sesuatu yg benar
dan DIA sayangkan umatnya
sebab itu DIA taknak hambanya terus ditipu ditipu & ditipu
biarlah sakit sekarang
daripada sakit pada masa akan datang
sebab DIA pun yakin yg kita akan lebih kecewa nanti

Memang airmata itu akan mengalir
tapi menangislah sepuas puasnya
sebab airmata itu lahir daripada hati
dan ia paham apa yg kita rasa
sebab kadangkala, walaupun kita bercerita pada seseorang
meluahkan pada seseorang
memang mengurangkan, tapi
ada ketika apa yg kita luahkan bukan daripada hati
bukan sepenuhnya apa yg diluahkan
biar kita nampak agak kecewa
tapi itulah yg mengajar kita
bila kita pernah kecewa, Insyaallah
kecewa itu tidak akan berulang lagi
kerana kita telah pun belajar & lebih berhati2
.............

Bila kita nampak ada antara member2 kita yg kecewa,
janganlah kita kecewakan dia lagi
tapi bagi dia semangat
sebab semangat daripada mereka yg rapat khususnya kawan2
sangat penting
hati manusia ni rapuh tapi walaupun dengan sedikit semangat
ia mampu pulih sedikit demi sedikit
dan wa sayang kawan2 wa :)

Kepada berkenaan, janganlah menipu lagi
cukuplah sekali penipuan tu
biarlah ia menjadi yg pertama & terakhir
jangan biarkan orang lain pun merasa penipuan tu
kalau ye pun, biarlah daripada orang lain
lebih baik berterus terang daripada menipu
walaupun berterus terang tu nampak kasar
menipu tu nampak halus,
tapi menipu tu lagi pedih & sakit
sebab seseorang itu akan merasa seksa dengan
penipuan yg halus itu..
mungkin anda tak pernah merasa,
tapi tak mustahil anda juga akan merasa
sebab semua orang akan merasa
..................




: " think of their heart before you tell a lie
as you wish they think of your heart
before they lie to you.. "










2 comments: