Wednesday, November 20, 2013

Apek, jaga depan ada longkang. =P

Haish itu susah, ini susah. Cari calon boyfriend/girlfriend susah, cari calon suami/isteri susah, tambah isteri lagilah susah. Ehh??

Kalau sendiri kata nak cari pasangan tu susah, syusyah laa jadinya. Kalau duduk goyang kaki, hisap rokok, makan jajan layan tv, bukan kata jodoh, kucing nak pandang pun malu. Tapi ada jugak yg usaha, dapat tu dapat tapi tak lama. Ada jugak yg rasa-rasanya dah ngam dah tapi tak menjadi. Mohh tengok dua sebab ni dulu =P

Nawaitu - Niat tu penting oi. Kalau kita kawan ngan dia untuk suka-suka je, cari bila perlu je. Memang tak boleh pergi lah hubungan tu. Kita layan baikkkkkk sampai orang tu jatuh hati, tapi kita cuma anggap biasa-biasa je tanpa bagitahu dia, tu lebih kurang mainkan perasaan orang. Kalau dia takde pistol takpe. Mahunya dia ada pistol, maut kau kat situ. Seeloknya betulkan niat kita dulu.

Sorry seems to be the hardest word - Contohlah kita ada buahhati, dah seret ke hulu hilir, publish kat fb, tapi tiba-tiba pelamin anganmu musnah. Then apa sebab? Pikiaq balik, mungkin itu balasan bila kita tak putuskan cara elok-elok ngan ex yg dulu, atau sebab kita main-mainkan perasaan orang yg dulu, termasuklah perasaan yg ada pistol kat atas ni. Kita fikir kita romeo boleh buat sesuka hati. Haa tengok sekarang, romeo tak romeo? Putus cinta, kau menangis jugak kan? Selamat jalanlah romeoooooo.

*Masa jalan-jalan tadi idea banyak. Dapat tulis sikit je pulak. Adehhh. Nanti sambung laahh*


Monday, November 18, 2013

Kerja dan Usia

Yes, two more weeks to go. Lepas tu mula kerja baru. Best ke tak best ke kerja baru tu, nanti lahh baru rasa. Kalau awal2 dah tahu best ke tak best ke, tak syok ahh. 

Hurm, bukan pasal kerja baru ke kerja lama yg nak dicerita, tapi relation between job and age. Tak dinafikan, memang perubahan usia mempengaruhi minat terhadap kerja. Lebih kurang bila perubahan hormon mempengaruhi mood seharian. Tapi hipotesis aku adalah " semakin meningkat usia, semakin tinggi keinginan nak kerja yg dapat puaskan hati ". Walaupun kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. 


Lepas aku habis belajar, terus kerja. Kerjalah kerja kerja sampai nak cukup setahun. Kerja yg setahun ni memang takde masalah. Tak pernah rasa pressure. Manager pun okay and she's very nice. Macam2 pengalaman kerja aku dapat. Memang rilek lah kerja yg setahun ni. Tapi bila rilek2 ni yg boleh sampai layan RunningMan ni. Main gilaaaa =P 


Aku cari kerja baru sebab nak cari pengalaman baru *cliche reason. haha*. Taklah, sebab ada peluang kerja yg kena bidang masa belajar dulu. Belasah je lah. Mana tahu kali ni dapat rasa pressure kerja. Kalau tak rasa jugak, tak tahu lah kerja yg problem ke aku yg problem. Ngahahaha.


Tapi lepas tu terfikir pulak, kalau masa depan nanti nak kerja apa pulak? Kalau aku laaa, makin lama memang nak cari kerja yg boleh puaskan hati sendiri. Makin lama makin tua nokss. Takkan dah gigil pun nak gi site lagi *tua sangat tuu*. Rasa macam nak handle bisnes. Tengok lah rezeki camne nanti yea. Kang tak menjadi nyesal tak sudah. But for now on, enjoy your job. =)

Sunday, November 17, 2013

Geli Gelimak

Geli tak geli, memang geli lah belek2 post sendiri yg dah berkurun lama tu haaa. Ape hal sendiri punya post semua nak jiwang2? Nyampah pulak baca. Hehhh~!!

Okay faham2, masa tu remaja lagi. Masa tu budak2 lagi. Masa tu banyak sentap hati. Masa tu banyak syok sendiri. Masa tu nak post fikir orang punya hati. Maleh haihh pikir masa tu punya hal lagi. 

Kemon bebeh, sekarang punya post takde pikir pasal orang punya hati, tapi pikir hati sendiri. Baru nanti bila anak cucu baca, ouhh ni namanya perubahan usia seorang wanita seperti aku. =D

Friday, July 15, 2011

Tiga Tanggungjawab :)

Terdapat tiga tanggungjawab yg setiap insan sepatutnya titikberatkan dan adakala terlepas pandang.
Ingatan dan pesanan untuk diri saya juga :)

1) Tanggungjawab terhadap Allah
Tanggungjawab yg paling utama. Antaranya melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang. Sentiasa tunduk dan sujud kepadaNYA. Dengan iman dan percaya bahawa DIA wujud. Percaya bahawa segala yg terjadi atas muka bumi adalah atas izinNYA dan segala nikmat adalah milikNYA yg abadi. Oleh itu kita sebagai hamba hendaklah bersyukur atas apa jua yg dikurniakan :)



2) Tanggungjawab terhadap diri sendiri
Nampak mudah tetapi inilah tanggungjawab yg terkadang tak dapat ditunaikan. Paling mudah ialah apabila kita menyeksa diri sendiri contohnya membiarkan perut yg kosong tidak berisi. Kita diamanahkan untuk menjaga pancaindera dan tubuh badan yg dianugerahkan sebaik2nya. Jangan ambil dadah, jangan minum arak dan sebagainya. Jangan kelar tangan mahupun bunuh diri apabila putus cinta, tangan dan anggota badan yg diseksa akan menyalahkan kita di akhirat kelak..


3) Tanggungjawab terhadap keluarga
Tanggungjawab terhadap keluarga merangkumi ibubapa, dan adik beradik yg lain. Sudahkah kita menjalankan apa yg menjadi kewajipan untuk kita terhadap kedua ibubapa? Masihkah lagi kita menyakiti hati mereka? Sudahkah kita menyenangkan hati mereka? Sudahkah kita mendoakan untuk mereka dunia dan akhirat? Harapan ia bukanlah dilakukan sekejap2, tapi sekerap yg mampu :) Terhadap adik beradik pula, masih mengambil berat atau pun tidak? hubungan kekeluargaan itu masih utuh atau renggang? Jagalah sebaik2 yg mungkin. Tiada harta yg berharga dalam dunia ini melainkan keluarga :)

Sunday, July 10, 2011

Dunia ini selalu adil, percayalah..

Kesilapan tidak dinamakan kesilapan andainya kesilapan itu kita tahu sebelum ianya berlaku.

Tapi kesilapan juga tidak bermakna tiada kemaafannya. Dan kesilapan tidak bermakna tiadanya peluang kedua untuk dipulihkan keadaan.

Dan adakala sesuatu yg berlaku selepas kesilapan adalah yg terbaik yg pernah ada, terkadang lebih baik daripada yg sebelumnya..

Ada racun ada madunya. Ada hujan ada panasnya. Ada duri ada bunganya. Ada tawa ada tangisnya. Seimbang bukan? Siapa kata dunia ini tidak adil? Dunia ini selalu adil, percayalah.

Dunia ini juga tidak pernah bohong terhadap penghuninya. Cuma kita sahaja yg mengaburi mata kita sendiri dengan pembohongan.

Kenapa kita kata 'tidak' sedangkan kita boleh kata 'ya'? Kenapa kita boleh mencuba sebelum sesuatu itu gagal atau pun berjaya?

Dan kenapa kita katakan tidak pada cinta, sedangkan cinta itu masih ada dalam jiwa? Adakah itu juga dinamakan pembohongan?

Acapkali kita mudah membuat keputusan, kita cepat menafsir, tapi tidak mengerti apa yg tersirat.

Acapkali kita terlalu sombong terhadap diri sendiri, menyeksa jiwa sendiri dengan kesempitan yg kita cipta sendiri sedangkan kita tahu bahawa masih ada ruang yg luas sebenarnya menanti.

Terkadang kita merasa hanya kita yg benar sedangkan kesilapan yg lepas boleh diperbaiki.

Terkadang kita menipu perasaan sendiri hanya kerana ego yg tinggi sedangkan cinta itu masih menanti tidak beralih arah.

Terkadang kita menganggap yg jauh itu bukan jodoh kita sedangkan yg jauh itulah paling dekat di hati.

Dan terkadang anggapan bahawa cinta dan rindu aku telah tiada. Tapi silap kerana cinta itu masih utuh di sini dan rindu itu tetap mekar tanpa henti...