Sunday, July 10, 2011

Dunia ini selalu adil, percayalah..

Kesilapan tidak dinamakan kesilapan andainya kesilapan itu kita tahu sebelum ianya berlaku.

Tapi kesilapan juga tidak bermakna tiada kemaafannya. Dan kesilapan tidak bermakna tiadanya peluang kedua untuk dipulihkan keadaan.

Dan adakala sesuatu yg berlaku selepas kesilapan adalah yg terbaik yg pernah ada, terkadang lebih baik daripada yg sebelumnya..

Ada racun ada madunya. Ada hujan ada panasnya. Ada duri ada bunganya. Ada tawa ada tangisnya. Seimbang bukan? Siapa kata dunia ini tidak adil? Dunia ini selalu adil, percayalah.

Dunia ini juga tidak pernah bohong terhadap penghuninya. Cuma kita sahaja yg mengaburi mata kita sendiri dengan pembohongan.

Kenapa kita kata 'tidak' sedangkan kita boleh kata 'ya'? Kenapa kita boleh mencuba sebelum sesuatu itu gagal atau pun berjaya?

Dan kenapa kita katakan tidak pada cinta, sedangkan cinta itu masih ada dalam jiwa? Adakah itu juga dinamakan pembohongan?

Acapkali kita mudah membuat keputusan, kita cepat menafsir, tapi tidak mengerti apa yg tersirat.

Acapkali kita terlalu sombong terhadap diri sendiri, menyeksa jiwa sendiri dengan kesempitan yg kita cipta sendiri sedangkan kita tahu bahawa masih ada ruang yg luas sebenarnya menanti.

Terkadang kita merasa hanya kita yg benar sedangkan kesilapan yg lepas boleh diperbaiki.

Terkadang kita menipu perasaan sendiri hanya kerana ego yg tinggi sedangkan cinta itu masih menanti tidak beralih arah.

Terkadang kita menganggap yg jauh itu bukan jodoh kita sedangkan yg jauh itulah paling dekat di hati.

Dan terkadang anggapan bahawa cinta dan rindu aku telah tiada. Tapi silap kerana cinta itu masih utuh di sini dan rindu itu tetap mekar tanpa henti...



No comments:

Post a Comment